Thursday, June 12, 2008

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Kelantan(Gabungan)

Pada 15 Mei 2008 saya menerima surat kelulusan pendaftaran Gabungan NGO Kelantan atau GABUNGAN dari ROS Kelantan.Ia merupakan gabungan dari 18 buah NGO Kelantan.

TUJUAN
Sebagai wadah untuk perkenalan dan persefahaman antara ahli-ahli
Menyelaras objektif dan kerja-kerja di kalangan ahli-ahli
Berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera, bertanggungjawab dan menjalankan amanah dengan sempurna
Berusaha untuk saling bantu-membantu di kalangan ahli dalam segala bidang yg munkin

KEAHLIAN
Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) yg berdaftar dengan ROS yg ada beroperasi dan beralamat di Kelantan
Setiap NGO menamakan maksima tiga(3) orang wakilnya di dalam pertubuhan ini.Wakil-wakil ini akan menjadi ahli selagi mana NGO itu menjadi ahli

Dengan wujudnya platform ini dapat diharapkan NGO-NGO di Kelantan khasnya dapat berfungsi secara lebih berkesan didalam menjalankan usaha membangunkan negara ini

Dalam mesyuarat majlis NGO kelmarin 11/6/08 keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan pada 9/8/08.

No comments: