Ulil-arham atau mereka yang mempunyai talian rahim atau keluarga adalah antara yg ditekankan dalam Islam.
Firman Allah dalam surah annisak ayat 1:
Allah SWT menyebut al-arham sebagai alasan untuk mendorongkan kita bertaqwa.Ramai orang menggunakan wasilah"kita ni kaum keluarga" atau "sesama keluarga" atau atas dasar ikatan waris dan sanak saudara kita, untuk memohon sesuatu hajat atau keperluanDisamping itu juga talian rahim kekeluargaan ini sudah wujud tanpa perlu usaha kita.Kita tak memerlukan apa-apa usaha untuk mewujudkan anak saudara,bapa saudara,sepupu dan seterusnya kerana ia adalah wujud dengan sendirinya apabila berlaku perkembangan manusia.
Talian dan hubungan yang sedia ada adalah jaringan semulajadi yang boleh dan mampu menerima pengukuhan melalui usaha-usaha tambahan seperti ziarah-menziarahi dan lain-lain aktiviti.Ada setengah keluarga menggunakan jaringan ini untuk pelbagai tujuan seperti ekonomi dengan mewujudkan koperasi dsbnya
YANG MENYEDIHKAN.....
GOLONGAN DAEI MELUPAKAN JARINGAN INI
Saya melihat ramai dikalangan daei mengabaikan aspek ini.Munkin terlalu obsessed dengan semangat ukhuwwah maka fokus mereka hanyalah rakan taulan dan rakan dakwah sahaja.Sanak saudara bukan prioriti dan hanya sekadar melepaskan tanggungjawab menerima jemputan sahaja.
Ada golongan muda bahkan dari kalangan saudara rapat saya yang aktif dalam dakwah.Setiap hujung minggu memang penuh dengan pelbagai program.Tetapi tumpuan nya hanya rakan dia sahaja.Saya kerap pergi ke rumahnya tetapi tak berkesempatan untuk berbual-bual dengannya.
Dia juga tak memberi ruang untuk kita sama-sama bertukar fikiran dan berbual-bual.
Ramai orang bersungut tentang betapa mereka kehilangan waris.Apabila generasi tua sudah tiada maka sudah tiada lagi tempat rujukan waris.
Strategi dakwah dikalangan waris perlu diperkemaskan dan menjadi keutamaan.Saya anggap majlis kenduri samada kahwin atau apa-apa sebab adalah satu majlis yang menjadi keutamaan kita sebagai daei untuk menguatkan hubungan keluarga dan mengambil peluang mencari keluarga.Berbekalkan kamera atau PDA atau telipon bimbit,ambil gambar untuk ingatan dan ambil no telipon untuk future communications.
JUGA UNTUK ANAK-ANAK KITA.
Apa yang perlu dibuat juga ialah memperkenalkan anak-anak kita kepada waris-waris dan menjelaskan kepada apakah hubungan di antara kita dengan mereka.Kadang-kadang kita take for granted yg mereka kenal sedangkan mereka munkin tak kenal pun emak saudara mereka sendiri apatah lagi sekiranya tinggal berjauhan.
Zaman ini anak-anak lebih utama komputer dari menziarahi keluarga termasuk datuk nenek mereka.Ada setengah di kalangan kita menyebut perkara-perkara tak elok tentang datuk nenek di hadapan anak-anak kita yang menyebabkan mereka kurang hormat kepada datuk nenek mereka.Ini sesuatu yang menyedihkan dan perlu diberi perhatan.
No comments:
Post a Comment