Thursday, June 5, 2008

Tafsir Surah Nisak-ayat 1



1-Introduction
Surah anisak dikategori sebagai surah Surah madani mempunyai 176 ayat
Hadis Aisyah ra riwayat bukhari:tidak diturunkan surah annisa kecuali saya berada disisi Rasulullah sawSurat ini turun berperingkat,kebanyakkannya awal hijrah tapi ada selepas perang Uhud(3H)hingga ke 8H selepas surah Mumtahanah Contohnya ayat tentang zina dlm surah ini sudah pasti turun sebelum ayat dalam surah annur
Surah ini kedua terpanjang selepas baqarah.

Surah ini banyak menyebut tentang isu wanita.Surah-surah lain yg juga membincangkan isu wanita termasuklah Surah Maryam ,Mujadalah,Ahzab,Talaq,Tahrim dan Baqarah

Apa maksud surah madani dan surah makki?
Pendapat yg paling baik ialah kaedah mengklafikasi surah mengikut masa yaitu hijrah. Sebelum hijrah=makki dan selepas =madani,walaupun diturunkan di mekah tapi selepas hijrah maka ayat itu dikatakan madani(ayat amanah semasa fathul makkah) atau arafah(ayat kesempurnaan agama)
Ini adalah hasil pengamatan para ulamak dengan bersumberkan melalui maklumat hadis-hadis yang memberi gambaran bahawa ayat ini diturunkan pada masa tertentu.Sekiranya tidak ada pengkhabaran tersebut maka ulamak-ulamak melihat kepada ciri-ciri yang khusus yg menunjukkan bahawa surah atau ayat ini bersifat sebelum atau selepas hijrah atau bercirikan makki atau madani.

Ciri-ciri makki adalah seperti berikut:
Setiap surah yg ada nya ayat2 sejadah
Setiap surah yg ada lafaz kalla(hanya ada dlm separuh terakhir al-quran,33 x dlm 15 surah)
Setiap surah yg ada kesah nabi dan umat dahulu kecuali baqarah
Setiap surah yg ada kesah Adam dan iblis kecuali Baqarah
Setiap surah dimulai dgn huruf hijai kecuali baqarah dan aliimran.Surah arrad masih controversi
Contentnya tentang akidah,dan hukum-hukum umum tentang infaq dan solat dll

Manakala ciri-ciri madani seperti berikut:
Setiap surah yg ada berisi kewajipan dan ancaman hukum dan dengan penuh perincian
Setiap surah yg ada disebut Munafik kecuali surah ankabut
Setiap surah yg ada dailog dengan ahli kitab

Latarbelakang
Surah ini diturunkan selepas Perang Uhud dimana isu anak-anak yatim dan janda menjadi perkara penting.Keadaan masyarakat Islam yg baru berkembang sedang menghadapi ancaman golongan munafik dan Yahudi Madinah.Surah ini merupakan sebahagian dari usaha pembinaan Jemaah dan masyarakat Islam dan usaha Rasulullah SAW dalam membina organisasi dan Jemaah ketika itu.Aspek-aspek kelemahan umat islam ketika itu dapat dilihat ketika bertarung dengan nilai-nlai baru.Isu-isu anak yatim, pewarisan,isu maksiat,isu kahwin,isu hubungan suami isteri sehingga isu negara dan isu perang
Juga isu munafik dan ahli kitab menjadi topik-topik dalam surah ini.

Makna-makna ayat

Wahai manusia.Satu seruan yg cuba membawa manusia menyedari hakikat mereka sebagai manusia.

Takutlah Tuhan kamu.Digunakan kalimah Tuhan bukan Allah hikmatnya supaya sedar sifat Rabb yg bermakna mencipta dan menjadikan segala sesuatu termasuklah manusia

Dari jiwa yang satu yaitu Adam a.s.Ini juga memberi kesedaran bahawa manusia berasal dari satu walaupun merekanya menjadi pelbagai kaum dan bercakap bermacam-macam bahasa.

Dan dicipta dari nya.Ha=nya itu khilaf ulamak tentang connotasinya.Adakah "nya" itu kembali kepada" jiwa yang satu" yaitu Adam as atau "nya" itu adalah jiwa Hawa sendiri.Pendapat pertama pula diperkuat dengan hadis riwayat bukhari dll yang mana menyebut penciptaan dari tulang rusuk.Manakala ada dalam kitab-kitab tafsir(seperti ruhul maani dll)yang memperincikan kejadian Hawa dari tulang rusuk ketika Adam as sedang tidur yang jelas merupakan di ambil dari kesah Israiliyaat. Pendapat ini ditolak oleh ramai ulamak kerana:
a)Hadis yg disebut sebenarnya menyebut kalimah"al-mar aah" yaitu wanita bukan disebut Hawa.Silap apabila memberi maksud wanita itu adalah Hawa.
b)Hadis ini dalam riwayat lain ada penambahan perkataan Ka yaitu bermakna seumpama jadi hadis itu lebih bermaksud majazi yaitu kiasan"wanita itu dicipta seumpama tulang rusuk"

Pendapat yang kedua yang mengatakan "ha=nya" adalah kembali kepada Hawa.Di dalam qur'an disebut Adam as dijadikan dari tanah.Oleh kerana Hawa tidak disebut bagaimana penciptaannya maka mengikut Sheikh Syarawi penciptaan Hawa juga seumpama penciptaan Adam as.


Maksudnya:pasangan nya.Penggunaan perkataan zaujah untuk maksud isteri kerap digunakan oleh masyarakat adalah salah dalam tatabahasa arab kerana pasangan tidak ada gender.Hikmat Allah guna "zauj"bukan "mar'aah" yaitu isteri mempunyai nilai tersendiri termasuk makna persamaan taraf antara lelaki dan perempuan

Dan berkembang dari keduanya lelaki yang ramai dan perempuan-perempuan.Apa hikmatnya Allah SWT tak sebut selepas "rijalan kathiran"=lelaki yang ramai "nisaan kathiratan".Syeikh Syaarawi memberi penjelasan menarik.Beliau mengatakan bahawa ini menunjukkan jumlah lelaki yg lebih sedikit dari perempuan.Seolah-olah disebut disana lelaki yg ramai dan perempuan-perempuan.Katanya lagi disebut lelaki dahulu daripada perempuan dan lebih dekat dengan perkataan "bathha"=berkembang menzahirkan yg lelakilah yang menjadi faktor utama berkembangnya generasi seterusnya diatas usaha-usaha dan gerak kerja mereka sedangkan perempuan lebih menumpukan kepada kerja-kerja di rumah.Wallahu'allam

Bersambung...

No comments: