Semalam 7hb Jun Gabungan Professional Kelantan dengan kerjasama JAHEIK menganjurkan seminar hadis-sumbangan Imam Bukhari di Balai Islam.Sebelah paginya sessi kurang menarik dan mujorlah saya bawa satu kitab dari rumah untuk memenuhi masa dalam sessi ini.Kesudahan sessi ini tak menjurus kepada pemahaman tentang Imam Bukhari tetapi kepada isu lain seperti isu wahabbi dan isu aqidah "sifat 20".Mujurlah sebelah petangnya Maulana Asri Yusof membentangkan kertas kerjanya dan ingin saya kongsi kan disini untuk menafaat bersama.(Saya buang foot notes dan ayat-ayat serta hadis-memadai dengan terjemahan)
Muqaddimah
Imam Bukhari telah mewaritskan lebih dua puluh buah kitab kepada generasi di belakangnya.! Tetapi yang termasyhur dan merupakan karya agungnya ialah Kitab ini lebih terkenal dengan nama ringkasnya Jami' / Shahih Al-Bukhari. Ia selain memuatkan fiqh Bukhari dalam erti yang 'umum, memuatkan juga fiqhnya dalam erti yang khusus.
Jika dilihat kepada fiqhnya yang 'umum and a akan mendapati Imam Bukhari sebagai seorang 'alim yang luar biasa ke' alimannya dan kedalaman fahamnya dalam pelbagai aspek 'ilmu Islam. Ini kerana kitab Shahih Al-Bukhari merupakan kitab Jami' yang sekurang-kurangnya mengandungi lapan bab besar iaitu (1) 'Aqidah (2) Hukum hakam (3) Fitan (4) Adab (5) Sirah dan sejarah (6) Riqaq (7) Tafsir (8) Manaqib.2
Dengan menyusun kitab istimewanya ini dalam bentuk kitab Jami' , Imam Bukhari sebenarnya mahu mengemukakan satu panduan ugama yang lengkap berpandukan hadits-hadits Rasulullah saw yang diperakui tinggi tahap keshahihannya. Beliau sarna sekali tidak bermaksud mengumpulkan hadits-hadits yang tinggi• tahap keshahihannya semata-mata malah melalui bab-bab dan tajuk-tajuk ciptaannya beliau bermaksud mengajarkan method istimbath di samping istikhraj masa'il dan nukat daripada hadits-hadits tersebut. Selain itu beliau juga mahu ijtihadatnya dalam memahami hadits-hadits Ahkam Rasulullah saw terakam dalam sebuah kitab yang berasaskan hadits-hadits Nabawiyyah.
Kerana itu tepat sekali kata-kata seorang Muhaddits terkenal dari Pakistan, pengasas Jami'atul Uloom AI-Islamiyyah Karachi iaitu AI- 'Allamah Maulana Muhammad Yusoff AI-Banuri bahawa:

"Sebenarnya Imam Bukhari bermaksud menulis sebuah kitab tentang agama lebih daripada maksudnya menulis sebuah kitab hadith".
Kebenaran kata-kata Maulana Muhammad Yusoff AI-Banuri itu dapat disaksikan sendiri oleh sesiapa sahaja yang mempelajari Shahih AI-Bukhari daripada guru yang mursyid atau membacanya dengan berpandukan syarah-syarahnya yang mu'tabar.
Dalam kesempatan yang terhad ini penulis akan cuba mengemukakan sekelumit fiqh AI-Bukhari dalam kedua-dua bentuknya.
1.0 Fiqh Bukhari dalam erti yang 'umum.
1.1 Fiqh dalam erti yang 'umum bermaksud kedalaman fahaman tentang agama dan ini dapat difahami daripada
1.1.1 Firman Allah berikut:
Bermaksud: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam tentang ugama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melkakukan larangan Allah). [At- Taubah: 122]
1.1.2 Sabda Nabi saw berikut:
Bermaksud: Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan yang istimewa untuknya niscaya Dia memberikan kepadanya faham yang mendaZam tentang agama. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Muattha' Malik, Tarmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan lain-lain].
1.1.3 Fiqh Bukhari dalam erti yang 'umum itu sesungguhnya dapat dikesan pada penyusunan dan persembahan bab-bab dan tajuk-tajuk serta hadits-hadits di dalam Kitab Sahihnya sendiri. Dan ini dapat dilihat umpamanya pada poin-poin berikut:
1.1.3.1 Kesesuaian dan kesinambungan di antara satu Kitab dengan satu Kitab yang lain dari awal Kitab Sahih Bukhari hingga ke akhirnya.
1.1.3.2 Kesesuaian dan kesinambungan di an tara satu Bab dengan satu Bab yang lain di bawah setiap Kitab dari awal Kitab Sahih Bukhari hingga ke akhirnya.
1.1.3.3 Penggunaan Shighah Tamridh di dalam Tarjamatil Bab untuk menunjukkan kedha'ifan sesuatu riwayat atau riwayat itu adalah riwayat bilma'na bukan billafzhi atau boleh jadi juga beliau bermaksud menyatakan bahawa riwayat itu adalah riwayat mukhtasarah. Bagaimanapun pada kebiasaannya penggunaan Shighah Tamridh oleh Imam Bukhari menunjukkan riwayat yang tersebut selepas itu adalah dha'if.
1.1.3.4 Penggunaan ungkapan adalah untuk menunjukkan bahawa riwayat yang tersebut selepas itu diambilnya secara muzakarah, 'ardh atau munawasah bukan secara tahdits at au sama '.
1.1.3.5 Apabila Imam Bukhari mengemukakan pendapat atau ijtihad seseorang sahabat atau tabi'in di dalam sesuatu tajuk yang dibincangnya maka itu bererti beliau mernilih dan mentarjih pendapat sahabat atau tabi'in tersebut. Dengan kata lain dapat juga disimpulkan bahawa pendapat dan ijtihad Imam Bukhari juga sama seperti pendapat dan ijtihad sahabat atau tabi'in tersebut itu.
1.1.3.6 Apabila terdapat di dalam sesuatu hadits perkataan ganjil yang mungkin tidak difahami dengan mudah oleh orang ramai tetapi perkataan itu sendiri atau pecahan perkataan itu terdapat juga di dalam AI-Qur'an, maka Imam Bukhari biasanya akan mengemukakan pendapat ahli tafsir tentangnya bersama-sama dengan ma 'nanya. Tetapi beliau seringkali mengemukakan perkataan berkenaan daripada ayat AI-Qur'an dengan amat ringkas sehingga tidak terlintas di hati pembaca yang tidak menghafal AI-Qur'an. Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa perkataan yang tersebut di dalam hadits itu sebenamya bukan ganjil dengan erti lemah dari sudut bahasa 'Arabnya kerana ia juga digunakan oleh Allah di dalam AI-Qur'an.
1.1.3.7 Seringkali juga Imam Bukhari hanya mengemukakan satu satu perkataan sahaja daripada beberapa ayat AI-Qur'an di samping tafsirannya apabila ada pertaliannya dengan sesuatu bab yang dikemukakan beliau. Tujuannya ialah untuk mengemukakan seberapa banyak ayat AI-Qur'an dengan seringkas mungkin keterangan dalam konteks bab yang dikemukakan itu.
1.1.3.8 Di permulaan setiap kitab berkenaan dengan hukum hakam Imam Bukhari akan sentiasa mengemukakan sesuatu bab atau sesuatu perkataan yang menunjukkan tarikh permulaan sesuatu hukum itu disyari'atkan.
1.1.3.9 Di akhir setiap kitab di dalam Sahihnya Imam Bukhari akan mengisyaratkan kepada tamatnya atau berakhimya kitab itu dengan sesuatu hadits atau sekurang¬kurangnya satu perkataan daripada hadits tertentu yang sekali gus mengisyaratkan kepada kesudahan hidup manusia iaitu mati. Maksud Imam Bukhari ialah mengingatkan dirinya sendiri dan juga orang-orang lain bahawa setiap perkara yang ada permulaannya pasti ada kesudahannya dan bagi manusia kesudahan hidupnya ialah kematian. Oleh itu manusia hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya dengan berbekal untuk akhirat semasa hidup di dunia ini.
1.1.3.10 Imam Bukhari beriltizam untuk tidak mengemukakan sesuatu hadits atau sesuatu bab di dalam Kitab Sahihnya berulang kali dalam lafaz dan ma'na yang sama. Justeru kita pasti akan mendapati perbezaan pada isnad atau maksud daripada sesuatu hadits yang mungkin dikemukakan oleh Imam Bukhari lebih dua puluh kali seperti hadits Barirah.
1.1.3.11 Abwab dan Tarajim ciptaan Imam Bukhari di dalam Kitab Sahihnya merupakan gedung mutiara fiqh beliau yang tidak ternilai. Para 'ulama' mengakui bahawa tidak pernah wujud sebuah kitab hadits yang memuatkan ke'ajaiban Abwab dan Tarajim seperti yang terdapat di dalam Sahih Bukhari. Abwab dan Tarajim Sahih Bukhari adalah intisari kajian sepanjang hayat penyusunnya dalam pelbagai aspek 'ilmu- 'ilmu Islam berlandaskan hadits-hadits Rasulullah saw. Para pensyarah Sahih Bukhari telah mengutarakan beberapa usul untuk memahami maksud tersirat di sebalik Abwab dan Tarajimnya. Syaikhul hadits Maulana Muhammad Zakaria AI-Kandhlavi malah telah mengemukakan sampai tujuh puluh usul bagi Abwab dan Tarajim Sahih Bukhari yang perlu diletakkan di hadapan sebagai panduan oleh setiap orang yang mahu menjiwai fiqh Bukhari.
1.1.3.12 Kadang-kadang Imam Bukhari mengemukakan sesuatu hadits marfu' sebagai tajuk bagi sesuatu bab dengan maksud menyatakan kesahihan hadits itu, walaupun tidak menepati syaratnya. Tujuan sebenar Imam Bukhari dalam hal ini ialah mahu menjelaskan bahawa kesahihan hadits itu ada banyak tahapnya. Walaupun hadits yang dikemukakan di dalam tajuk bab tadi tidak menepati syaratnya namun tahap kesahihannya boleh meningkat apabila beliau mengemukakan pula syawahid untuknya berupa hadits-hadits sahih yang menepati syaratnya di bawah bab tersebut.
1.1.3.13 Seringkali juga Imam Bukhari membantah apa yang menjadi pegangan 'umum dalam sesuatu perkara. Pada hal ia tidak berlandaskan alasan yang kukuh. Kalau ada pun hadits dalam soal berkenaan maka ia adalah hadits dha'if. Ini misalnya dapat dilihat pada tajuk yang dibuat Imam Bukhari "Bab al-maut yaum al-Isnain"Tujuan beliau membuat bab ini ialah untuk menyatakan hari yang paling baik untuk kematian seseorang ialah hari isnin bukan
hari Juma'at seperti yang difaham oleh ramai orang. Kerana Rasulullah telah ditaqdirkan wafat pada hari isnin.
1.1.3.14 Berpandukan hadits-hadits sahih yang dikemukakan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya anda akan mendapati banyak sekali kisah-kisah atau cerita-cerita sirah dan sejarah yang tersebar dengan meluas dan menjadi pegangan 'umum masyarakat Islam di mana-mana adalah salah kerana terang-terang bercanggah dengan sumber¬sumber mu'tabar dan mu'tamad dalam agama. Sebagai contoh kisah Isra' mi'raj dari rumah Ummu Hani', Nabi saw berhijrah pada waktu mal am dengan 'Ali r.a mengambil tempat tidur Baginda saw, kisah Hindun memakan hati Hamzah r.a dan lain-lain.
1.1.3.15 Imam Bukhari juga telah membongkar banyak sekali kefalsuan yang terdapat dalam ajaran Tasawwuf yang tersebar dalam masyarakat Islam seperti kepercayaan ten tang kehidupan Khadhir yang sering kali dida' wa oleh orang -orang sufi telah didatanginya dan mendapat bimbingannya. Demikian juga dengan da'waan mereka tentang kewalian mutlaq 'Ali dalam membawa ajaran 'ilmu haqiqat daripada Nabi saw dan lain-lain.
2.0 Fiqh Bukhari dalam erti yang khusus.
2.1 Fiqh Bukhari dalam erti yang khusus ialah kedalaman fahamnya dan ijtihadatnya dalam bab hukum hakam ataufiqh ishtilahi yang ma'rufdi kalangan 'ulama' fiqh Islam.
2.2 Imam Bukhari telah diakui para 'ulama' dahulu dan sekarang sebagai seorang mujtahid mutlaq seperti Imam-imam Abu Hanifah, Malik, Syafi'e, Ahmad Bin Hambal dan lain-lain.8
2.3 Kedudukan Imam AI-Bukhari sebagai seorang mujtahid mutlaq dapat dilihat sendiri di dalam Kitab Sahihnya melalui Abwab dan Tarajim yang dibuat beliau. Kalau pun terdapat pendapat Bukhari yang serupa -dan memang banyak pun yang serupa- dengan pendapat seseorang mujtahid yang lain maka itu adalah suatu kebetulan, bukanlah sama sekali beliau bertaqlid kepada mujtahid berkenaan.
2.4 Untuk lebih jelas tentang perkara ini saya akan mengemukakan beberapa bukti dan contoh yang menunjukkan dengan jelas ten tang Imam Bukhari sebagai seorang mujtahid mutlaq, tidak bertaqlid kepada mana-mana imam mujtahid sebelumnya kerana dalam banyak mas'alah pendapat beliau berbeza sarna sekali daripada pendapat imam-imam empat mazhab dan mujtahidin yang lain. Di situ anda akan dapat melihat sendiri betapa kuat dan kukuhnya dalil-dalil pegangan beliau dalam fiqh di samping itu betapa sesuai dan relevennya pendapat beliau untuk diguna pakai oleh generasi kemudian terutamanya di zaman kita ini. Pandangan Imam Bukhari mencerminkan keunikan ijtihad, kerapian kajian dan kehalusan cita rasa seorang faqih muhadits yang unggul. Di bawah ini saya hanya akan mengemukakan beberapa ijtihad beliau yang agak berbeza daripada ijtihad orang-orang lain.
2.4.1
Imam Bukhari berpendapat perempuan pada masa haidh demikian juga seseorang pada ketika berjunub boleh membaca, menyentuh dan membawa AI-Qur'an. Sedangkan mengikut pendapat kebanyakan 'ulama' termasuk Imam Abu Hanifah, Syafi' e dan Ahmad, adalah haram kepada mereka melakukan semua yang tersebut itu. Pendapat beliau ini berasaskan beberapa hadits sahih, aatsar dan qias yang mu'tabar. Antara lain ialah:
2.4.1.1 Hadits 'Aishah yang tersebut di dalam Sahih Imam Bukhari sendiri dan juga kitab-kitab hadits yang lain iaitu:
Bermaksud: 'Aishah berkata: "Kami keluar bersama Nabi saw dengan tidak ada maksud yang lain selain hendak mengerjakan haji. Apabila kami sampai ke Sarif aku berhaidh. Rasulullah saw selepas itu masuk ke tempat penginapanku ketika aku sedang menangis. Baginda pun bertanya, "Kenapa engkau menangis?" Aku menjawab, " Suka sekali aku demii Allah kalau aku tidak datang untuk mengerjakan haji pada tahun ini." Nabi saw berkata, "Barangkali engkau telah datang bulan?" Aku berkata, "Ya". Nabi saw bersabda," Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepada anak-anak perempuan Adam. Engkau lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji cum a engkau tidak boleh bertawaf di Baitillah sebelum suci.
* Komentar: Apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji ialah berdoa, berzikir, membaca AI-Qur'an dan lain-lain. Di dalam hadits di atas Nabi saw hanya mengecualikan bertawaf di Baitillah sahaja kerana ia seperti sembahyang (dari segi kedua-duanya menghendaki syarat suci daripada hadats) berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas r.a daripada Nabi saw di mana Baginda bersabda:
Bermaksud: Bertawaf di sekeliling Baitillah sama seperti bersembahyang. [Hadits riwayat Tarrnizi, Nasa'i dan Darimi].
Ertinya yang lain-lain tidak menghendaki syarat tersebut. Boleh dilakukan walaupun dalam keadaan berhadats besar atau keci1.
2.4.1.2 Hadits 'Aishah yang telah dikemukakan oleh Bukhari sendiri, Muslim, Ahmad, Baihaqi dan lain-lain, iaitu:
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi saw meletakkan kepalanya pada haribaanku kemudian Baginda saw membaca AI-Qur'an
* Komentar: Imam Bukhari berpendapat kepala dan tubuh Nabi saw pada hakikatnya penuh dengan AI-Qur'an namun begitu Baginda saw meletakkan juga kepalanya di atas haribaan isterinya 'Aishah ketika sedang berhaidh sambi! membaca pula AI-Qur'an. Sepertimana AI-Qur'an suci, Nabi saw juga suci. Yang tidak suci kerana berhadats ialah isterinya 'Aishah. Tetapi hadits di atas menyatakan dengan terang 'Aishah ketika sedang berhaidh telah menampung atau menanggung kepala Nabi saw yang sedang membaca AI¬Qur'an. Ini menunjukkan perempuan yang berhaidh boleh memegang atau membawa AI¬Qur'an.lO
2.4.1.3 Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari) sendiri, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Baihaqi, Nasa'i, Ibnu Hibban dan lain-lain, iaitu:
Bermaksud: Abu Hurairah berkata, "Pemah Rasulullah menemuiku dalam keadaan aku berjunub. Nabi saw pun memegang tanganku lalu aku berjalan bersama-samanya sampai Baginda duduk. Selepas itu aku menyelinap keluar dan terns pergi ke penginapanku lalu aku mandi dan kemudian datang semula. Pada ketika itu Nabi saw masih lagi duduk. Maka Nabi saw bertanya, "Ke mana engkau tadi hai Aba Hurairah? Aku menceritakan kepada Beliau apa yang telah berlaku. Lantas Rasulullah saw bersabda, "Suhanallah! Hai Aba Hurairah, Sesungguhnya orang mu'min itu tidak najis."
* Komentar: Apabila Nabi saw sendiri mengatakan tubuh orang mu'min itu tidak najis malah suci walaupun dalam keadaan berjunub, maka apakah yang menghalangnya daripada memegang dan membaca AI-Qur'an? Bukankah Nabi saw telah memegang tangan Abu Hurairah sebelum itu? Kalau Abu Hurairah telah menjadi najis atau kotor dengan sebab berjunub kenapa Baginda saw memegang tangannya??
2.4.1.4 Hadits Ibnu 'Abbas daripada Abu Sufyan yang diriwayatkan oleh beliau sendiri dan juga tokoh-tokoh hadits yang lain tentang surat Nabi saw yang diutuskan kepada Hiraql, di mana surat itu mengandungi ayat Al-Qur'an.
2.4.1.5 Hadits yang diriwayatkan oleh beliau sendiri, Muslim, Tarmizi, Baihaqi, Ahmad dan lain-lain tokoh hadits yang berbunyi:
Bermaksud: 'Aishah berkata, "Nabi saw berzikir kepada Allah dalam semua keadaannya."
* Komentar: Termasuk dalam keadaan berhadats kecil dan berjunub. Sebahagian besar zikir Nabi saw itu terdiri daripada ayat-ayat Al-Qur'an. Ini menunjukkan seseorang itu boleh membaca Al-Qur'an walaupun dalam keadaan berhadats kecil atau besar.
2.4.1.6 Hadits 'Ali r.a yang diriwayatkan Abu Daud, Nasa'i, Ahmad, Hakim, Abu Ya'la, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain iaitu:
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah saw selalu keluar daripada temp at membuang air lalu Baginda saw mengajar kami Al-Qur'an dan Baginda saw memakan daging bersama kami. Tidak ada sesuatu yang menghalang Baginda saw daripada membaca Al-Qur'an, keadaan berjunub pun tidak.
2.4.1.7 Mu'az Bin Jabal pernah ditanya oleh 'Abdur Rahman, "Adakah orang berjunub boleh membaca Al-Qur'an? Beliau menjawab, "boleh kalau dia mahu." 'Abdur Rahman bertanya, "Bagaimana dengan perempuan berhaidh dan bernifas?" beliau menjawab, "Boleh, jangan sekali-laki seseorang itu meninggalkan zikrillah dan membaca Al-Qur'an sama sekali. 'Abdur Rahman berkata, tetapi orang ramai tidak suka mengamalkan demikian. Mu'az berkata, "Sebenamya orang yang tidak suka (mengamalkannya), itu adalah kerana beradab semata-mata. Orang yang melarang daripada mengamalkannya sebenamya tidak mempunyai landasan 'ilmu (yang kukuh). Rasulullah tidak pemah melarang mereka yang tersebut itu daripada membaca AI-Qur'an.
2.4.1.8 Ibnu 'Abbas berpendapat orang berjunub atau berhaidh boleh membaca AI-Qur'an dan memegangnya.
2.4.1.9 Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya juga berhujah menggunakan qias bahawa jika Hiraql seorang kafir pun dapat memegang dan membaca AI-Qur'an, pada hal tentu sekali dia tidak mandi junub dan tidak berwudhu', kenapakah orang Islam tidak boleh memegang dan membacanya pula?!
2.4.1.10 Apabila Nabi saw menghantarkan ayat AI-Qur'an kepada Hiraql, Baginda saw tentu sedar bahawa di kalangan orang-orang yang hampir dengannya ialah orang-orang perempuan seperti isteri, anak dan sebagainya. Mereka pula sebagai orang-orang perempuan mungkin tentu sekali berhaidh dan jauh sekali mereka akan berwudhu' ketika mahu menyentuh, memegang atau membawa ayat AI-Qur'an yang dihantarkan oleh Nabi saw itu kerana mereka adalah orang-orang kafir. Namun begitu Nabi saw tetap menghantarkan ayat AI-Qur'an kepada mereka. Sampai di sini satu soalan pasti akan timbul iaitu adakah orang-orang lelaki dan perempuan kafir lebih mulia daripada orang¬orang lelaki dan perempuan Islam? Bukankah Allah telah berfirman bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang musyrikun itu najis? Dan bukankah Rasulullah saw pula telah bersabda bermaksud: Sesungguhnya orang mu'min itu tidak najis??
2.4.1.11 Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya paling tinggi menerima hadits-hadits yang menyatakan larangan kepada orang-orang berjunub, berhaidh dan tidak berwudhu' daripada memegang dan membaca AI-Qur'an sebagai larangan ta'dibi bukan larangan tahrimi.
2.4.1.12 Imam Bukhari berpendapat hadits-hadits yang melarang orang-orang berjunub, berhaidh dan bemifas daripada memegang dan mebaca AI-Qur'an tidak ada satu pun sahih. Atau kalau sahih pun ia tidaklah setaraf dan setanding dengan hadits-hadits yang menjadi pegangannya iaitu yang menepati syarat-syaratnya yang ketat dalam penilian hadits.14
2.4.2 Di kalangan tabi'in terdapat ramai tokoh-tokoh yang berpendapat perempuan berhaidh atau bemifas dan orang berjunub boleh membaca AI-Qur'an dan memegangnya sarna seperti Imam Bukhari. Antara lain ialah Muhammad Bin Sirin, Hakam Bin 'Utaibah, Hammad Bin Abi Sulaiman, Sa'id Bin Musayyab, 'Atha' Bin Abi Rabah, Sa'id Bin Jubair dan lain-lain.
2.4.3 Dari kalangan para 'ulama' mujtahidin selepas zaman tabi'in pula terdapat ramai juga yang sependapat dengan Imam Bukhari dalam perkara ini. Mereka ialah Daud Zahiri, Ibnu AI-Munzir, At- Thabari, Imam Malik mengikut riwayat daripada muridnya Ibnu AI-Qasim, Ibnu Hazam dan lain-lain.
2.4.4 Pendapat Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya dalam mas'alah ini tampak lebih releven dan sesuai terutamanya untuk perempuan-perempuan yang terlibat dalam menghafal AI-Qur'an, apalagi jika gurunya juga seorang perempuan.
2.4.5 Dalam keadaan seseorang perempuan yang datang bulan atau bemifas diganggu makhluk halus juga pendapat golongan ini kelihatan lebih berguna dan praktikal demi perlindungan dirinya daripada gangguan yang amat membahayakan mereka.
2.4.6 Penerimaan mazhab Imam Bukhari dan orang-orang yang sealiran dengannya pasti akan menghilangkan pandangan serong dan prejudis sesetengah pihak (terutamanya bukan Islam) bahawa Islam mendiskriminasikan lelaki dan wanita. Pendapat Imam Bukhari ini paling tidak akan mendekatkan jurang perbezaan di an tara lelaki dan wanita apabila dalam soal-soal furu' dan khilafiyyah seperti ini dihadapi dengan sikap terbuka dan penuh toleransi.
2.5
Persoalan anjing samada najis atau tidak. Para 'ulama' berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula- tentang tahap kenajisannya. Imam Syafi' e, Ahmad dan golongan yang sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya berpendapat najisnya adalah najis biasa. Apa yang perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanpun sebaik¬baiknya ialah tiga kali. Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari di samping tokoh¬tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yang suci seperti kucing dan lain-lain dan apa-apa yang disentuhnya tidak perlu dibasuh.15
2.5.1 Imam Bukhari, Malik dan golongan yang sehaluan dengan mereka berdua berpegang dengan beberapa dalil daripada Al-Qur'an, As-Sunnah dan qias seperti berikut:
2.5.1.1 Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan apa yang diharamkan Allah). Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya [Al-Ma'idah: 4].
* Komentar: Imam Bukhari dan orang-orang yang sependapat dengannya berhujah bahawa jikalau anjing memang najis, bagaimana Allah akan membenarkan penggunaannya untuk berburu. Tentu sekali binatang buruan akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liurnya atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan pengunaan anjing untuk berbum malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yang sah. Binatang buruan yang ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yang suci) terlebih dahulu. Ini menunjukkan anjing bukan sahaja sejenis binatang yang suci zatnya malah sejenis binatang yang sangat istimewa menumt Al-Qur'an.
2.5.1.2 Nabi saw bersabda di dalam hadits yang diriwayatkan 'Adi Bin Hatim begini:
Bermaksud: 'Adi Bin Hatim meriwayatkan katanya, " Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yang ditangkapnya), maka Baginda saw bersabda, " Jika engkau melepaskan anjingmu yang telah terlatih lalu ia membunuh (binatang buruan yang ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakan binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada binatang buruan itu), makan janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkapnya untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata 'Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba-¬tiba saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, "kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca Bisrnillah ketika melepaskan anjingmu, bukan anjing yang lain. [hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarrnizi, Ibnu Hibban, Baihaqi dan lain-lain].
2.5.1.3 Imam Bukhari dan lain-lain juga mengemukan satu hadits riwayat Ibnu 'Umar yang menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yang suci, iaitu:
Bermaksud: Ibnu 'Umar r.a berkata, "Anjing-anjing kencing, masuk dan keluar di dalam masjid di zaman Rasulullah saw. Tetapi mereka (para sahabat) tidak merenjis pun temp at di mana terkena kencing dan tapak kaki anjing-anjing itu. [hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dan lain-lain].
* Komentar: Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak akan membiarkannya keluar masuk begitu di dalam masjid. Mereka pasti akan menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis pun tempat-tempat yang dipijak dan terkena kencing anjing. Ini menunjukkan anjing tidak najis pada pandangan mereka.16
2.5.1.4 Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain-lain juga menunjukkan anjing adalah binatang suci (bersih) seperti binatang-binatang lain yang suci iaitu:
Bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi saw, " Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang memakan tanah yang basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khufnya lalu mencebuk air dengannya untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terns meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukkannya ke dalam syurga."
* Komentar: Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada perbuatan seseorang yang salah di sisiNya. Nabi saw pula tidak menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khuf orang itu kerana anjing telah menjilat air di dalamnya. Apa yang ada di dalam hadits ini ialah sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana budi baiknya terhadap anjing yang dahaga.17
2.5.2 Para 'ulama' seperti Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain cukup sedar dan amat mengetahui tentang dalil-dalil berupa hadits-hadits yang menjadi pegangan golongan yang mengatakan anjing itu najis. Tetapi mereka memahaminya dan memakainya tidak seperti yang difahami dan dipakai oleh golongan itu. Antara alasan yang diguna pakai oleh pihak Imam Bukhari, Imam Malik dan lain-lain dalam persoalan ini adalah seperti berikut:
2.5.2.1 Imam Bukhari dan para 'ulama' yang sefahaman dengannya berpendapat hadits-¬hadits yang memerintahkan supaya anjing-anjing dibunuh dan bekas yang terkena jilatannya supaya dibasuh sebanyak tujuh kali dengan salah satu basuhannya hendaklah dengan tanah yang suci, itu sudah mansukh semuanya atau ia tidak ada kena mengena dengan najisnya zat anjing itu tetapi sebaliknya kerana faktor lain iaitu demi menghapuskan semangat meniru dan kagum dengan orang-orang Yahudi yang pada ketika itu sangat berpengaruh lantaran mereka adalah Ahlil Kitab dan menguasal ekonomi masyarakat setempat yang mana majoritinya terdiri daripada orang-orang 'Arab yang kemudiannya telah memeluk agama Islam. Dalam persoalan ini Nabi saw telah bertindak sebagai ahli psikologi masyarakat atau seorang reformis umat dengan menggunakan cara dan kaedah sendiri yang telah terbukti sangat berkesan.
2.5.2.2 Hadits-hadits yang menyebutkan bahawa 'amalan orang yang memelihara anjing, hilang setiap hari sebanyak satu atau dua qirat dan para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing di dalamnya adalah berkenaan dengan anjing yang dipelihara semata-mata kerana mengikut dan terpengaruh dengan gaya hidup sesuatu bangsa kafir seperti Yahudi di zaman Nabi saw atau berkenaan dengan anjing yang tidak ada apa-apa manfa'atnya malah sebaliknya mengganggu ketenteraman 'awam. Adapun anjing yang berfaedah seperti anjing yang dipelihara untuk perburuan, menjaga binatang-binatang temakan dan tanaman maka itu tidak terlarang sarna sekali malah ia termasuk dalam apa yang dikecualikan berdasarkan hadits-hadits Nabi saw berikut:
Bermaksud: Barang siapa memelihara anjing kecuali anjing untuk perburuan atau untuk menjaga binatang temakan maka pahalanya akan berkurang tiap-tiap hari dua qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Tarmizi, Ahmad, lbnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].
Bermaksud: Sesiapa memelihara anjing yang tidak berguna kepadanya untuk menjaga tanaman atau binatang peliharaannya maka akan berkurang daripada 'amalannya setiap hari satu qirat. [Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasa'i, Ahmad. fonu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaqi, Darimi dan lain-lain].
2.5.2.3 Jika memelihara anjing itu terlarang secara mutlaq tentu sekali para sahabat tidak memeliharanya selepas kewafatan Nabi saw. Tetapi berdasarkan aatsar para sahabat terbukti mereka memelihara anjing dengan tujuan menjaga tanaman a tau temakan kepunyaan mereka termasuklah sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah,Adi Bin Hatim, Abu Tsa'labah AI-Khasyni dan lain-lain yang meriwayatkan hadis tentang perlunya dibasuh tujuh kali bekas jilatan anjing atau 'amalan seseorang berkurangan tiap-tiap hari sebanyak satu atau dua qirat kerana memelihara anjing.
2.5.2.4 Di antara bukti bahawa hukum membasuh bekas yang dijilat oleh anjing sebanyak ¬
tujuh kali itu sudah mansukh ialah Abu Hurairah yang meriwayatkannya sendiri tidak memakainya. Beliau sebaliknya membasuh sebanyak tiga kali sahaja bukan tujuh kali begitulah fatwanya apabila ditanya. Sebenamya dalil paling kuat menunjukkan mansukhnya hukum itu ialah kebenaran Allah di dalam AI-Qur'an untuk
binatang yang ditangkap oleh anjing perburuan tanpa menyebutkan selepas menyamaknya atau membasuhnya sebanyak tujuh kali atau tiga kali. Rasulullah saw juga ¬tidak menyebut apa-apa tentangnya. Kebenaran Allah itu pula tersebut di dalam Surah ¬AI-Qur'an yang paling akhir diturunkan kepada Nabi saw. lnilah pegangan Bukhari, Malik dan orang-orang lain yang sependapat dengan mereka berdua.
2.5.2.5 Satu pengajaran besar daripada sikap Islam dalam menangani persoalan anjing ini peringkat derni peringkat, jika dilihat dari perspektif Imam Bukhari ialah jati diri sesuatu bangsa atau umat itu begitu sekali perlu dijaga sehingga sesuatu yang mengancamnya mesti dihapuskan. Kerana sesuatu bangsa atau umat itu barulah bererti kewujudannya apabila ia mempunyai identiti sendiri dan umat yang beridentiti tidak akan meniru bangsa lain dan mengagurninya secara membabi buta. Jika kerana bimbangkan jangkitan virus selesema burung yang boleh mengancam nyawa manusia, beburung dihapuskan maka begitulah juga dengan sesuatu yang mengancam jiwa sesuatu umat, ia wajar dihapuskan. Itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Dalam kes ini tidak timbul langsung soal suci atau najisnya anjing itu.
2.5.2.6 Keistimewaan anjing semakin terserlah di zaman moden ini apabila ia telah terbukti dapat digunakan untuk pelbagai maksud yang tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri. Di zaman ini anjing digunakan untuk mengesan penjenayah, dadah, orang-orang yang terperangkap dibawah rutuhan bangunan dan lain-lain. Di kawasan-¬kawasan bersalji seperti di Eskimo pula anjing-anjing digunakan untuk menarik kereta luncur salji. Anjing diakui semua pihak sebagai sejenis binatang yang boleh diajar dan dilatih untuk pelbagai maksud dan kenyataan ini ditegaskan oleh Allah sendiri di dalam Al-Qur'an. Dalam keadaan seseorang itu menganggap anjing adalah najis bahkan najis mughallaz, bagaimana dia akan dapat mengambil munafa'at daripadanya dengan selesa? Bagaimana pula dia akan maju dalam 'ilmu dan seni melatih anjing untuk pelbagai maksud dan tujuan?? Tetapi kalau kita mengikut pendapat Bukhari maka kita tidak akan ketinggalan di belakang bangs a-bangs a lain di dunia ini dalam mendapatkan 'ilmu dan seni yang istimewa ini.
2.6 Imam Bukhari telah membuat satu bab bertajuk "Orang yang berpendapat tidak perlu berwudhu' melainkan kerana keluar sesuatu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur" dengan tujuan menyatakan pendapat dan ijtihadnya berhubung dengan apa yang keluar dari tubuh yang membatalkan wudhu' di samping menolak pendapat orang¬orang lain dalam mas'alah ini.
2.6.1
Para 'ulama' berbeza pendapat tentang perkara-perkara yang membatalkan wudhu' disebabkan perbezaan pendapat mereka dalam penentuan manath bagi perkara-perkara yang membatalkan wudhu' itu.2.6.1.1 Imam Abu Hanifah, Sufyan As- Tsauri, Ahmad dan lain-lain berpendapat manathnya ialah keluarnya najis daripada tubuh seseorang tidak kira samaada keluarnya itu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur atau daripada lain-lain bahagian tubuh. Kerana itulah mereka berpendapat terbatal wudhu' dengan keluarnya darah dari hidung atau mana-mana bahagian tubuh yang lain. Wudhu' juga terbatal menurut mereka dengan sebab muntah dan lain-lain.
2.6.1.2 Imam Syafi'e dan orang-orang yang sehaluan dengannya berpendapat manathnya ialah keluarnya sesuatu daripada saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur tidak kira samaada yang keluar itu najis biasa atau batu, darah, ulat dan sebagainya.
2.6.1.3 Imam Malik berpendapat manathnya ialah keluarnya sesuatu (najis dan sebagainya) yang biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal. Oleh itu di sisi Imam Malik air kencing yang keluar tidak secara normal kerana beser dan sebagainya tidak membatalkan wudhu', Demikian juga batu yang keluar daripada salah satu saluran tersebut tidak membatalkan wudhu' di sisi Imam Malik.
2.6.2 Pendapat Imam Bukhari dalam mas'alah ini sama seperti pendapat Malik iaitu manathnya ialah keluarnya sesuatu (najis dan sebagainya) yang biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal.
2.6.2.1 Tetapi beliau berbeza pendapat dengan Malik dalam perkara-perkara lain yang membatalkan wudhu' seperti dalam mas'alah menyentuh zakar dan mas'alah bersentuh dengan perempuan dalam keadaan bernafsu. Justeru Malik berpendapat terbatal wudhu' seseorang kerananya. Sementara ~mam Bukhari pula berpendapat wudhu' tidak terbatal dengan sebab menyentuh zakar atau dengan sebab bersentuhan dengan perempuan walaupun dalam keadaan bemafsu.
2.6.2.2 Walaupun ada persamaan di an tara pendapat Bukhari dan Abu Hanifah dari segi tidak terbatalnya wudhu' dengan sebab seseorang menyentuh zakar atau bersentuhan dengan perempuan walaupun dalam keadaan bemafsu, namun mereka berdua berlainan pandangan tentang seseorang yang ketawa terbahak-bahak at au terkeluar darah dengan banyak dari tubuhnya. Imam Abu Hanifah berpendapat wudhu' seseorang akan terbatal dengan sebabnya tetapi Imam Bukhari berpendapat tidak.
2.6.3 Pendek kata pendapat Imam Bukhari dalam perkara ini berbeza sarna sekali dengan pendapat Imam-imam empat mazhab. Pendapat yang paling hampir dengan pendapat Bukhari dalam mas'alah ini ialah pendapat Daud Dzahiri.
2.6.3.1 Untuk menguatkan pendapatnya Imam Bukhari telah mengemukakan ayat AI¬Qur'an juga aatsar para sahabat dan tabi'in di bawah tajuk "Orang yang berpendapat tidak perlu berwudhu' melainkan kerana keluar sesuatu daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur" .
2.6.3.2 Dari situlah para 'ulama' dapat mengetahui fiqh dan ijtihad Imam Bukhari dalam mas'alah ini.
2.6.4 Ijtihad dan fiqh Imam Bukhari dalam bab ini ada kelebihannya yang tersendiri terutamanya jika dilihat dari segi ia memberi kemudahan kepada pengidap penyakit¬penyakit tertentu seperti beser dan lain-lain. Ia juga memudahkan pesakit-pesakit yang terpaksa memakai beg air kencing (urine bag) atau beg najis (stoma) dan sebagainya.
2.6.5 Perbahasan Bukhari dalam bab ini juga menunjukkan kepada kita tentang perkara yang membatalkan wudhu' yang disepakati oleh semua 'ulama' mazhab dan perkara¬perkara yang tidak disepakati mereka. Yang disepakati ialah keluamya sesuatu (najis dan sebagainya yang biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara . normal dan yang tidak disepakati pula ialah yang lain-lain selain itu
Penutup
Untuk mengetahui berapa banyakkah lagi fiqh dan ijtihadat Imam Bukhari, munkin dapat anda andaikan setelah anda mempelajari sendiri Kitab Sahihnya yang memuatkan semua bab fiqh yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh yang lain. Apa yang istimewanya ialah fiqh beliau merupakan hasil ijtihad seorang mujtahid mutlaq yang tidak kurang hebatnya daripada imam-imam mazhab empat dan para mujtahidin yang lain.
Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang-bidang lain yang juga telah diterokai beliau di dalam kitab Sahihnya jangan sekali-kali dilupakan. Seperti mana para 'ulama' telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang-bidang lain yang disentuh beliau di dalam kitab sahihnya yang masyhur itu. Pembaca-pembaca yang budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan penelitian dan keluasan 'ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yang merangkumi 'aqidah, sirah dan sejarah, ta'bir mimpi, perubatan Nabi saw, akhlaq dan adab, tafsir, manaqib dan lain-lain selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul-betul kitab Sahihnya
2.6.6 Jika diteliti secara halus niscaya dapat difahami bahawa kebanyakan • dikatakan membatalkan wudhu' oleh sesetegah 'ulama' itu memang .ada kaitan dengan .,¬perkara pokok yang telah dikemukakan oleh Imam Bukhari itu. Umpamanya tidur adalah madzinnah (perkara yang besar sekali boleh membawa kepada sesuatu angin (kentut) daripada dubur dalam keadaan tidak disedari. Bersentuh dan perempuan adalah madzinnah bagi terkeluamya air mazi dan begitulah seterusnya. Bagaimanapun pada pandangan Imam Bukhari terkeluarnyaya angin (kentut)daripada dubur orang yang tidur dan terkeluamya air mazi daripada zakar orang yang menyentuh ¬perempuan dan begitu juga sebaliknya bukanlah sesuatu yang pasti. sebagainya) yang biasa daripada dua saluran keluar najis iaitu qubul dan dubur secara normal dan yang tidak disepakati pula ialah yang lain-lain selain itu.
2.6.6 Jika diteliti secara halus niscaya dapat difahami bahawa kebanyakan perkara yang dikatakan membatalkan wudhu' oleh sesetegah 'ulama' itu memang ada kaitannya dengan perkara pokok yang telah dikemukakan oleh Imam Bukhari itu. Umpamanya tidur adalah madzinnah (perkara yang besar sekali boleh membawa kepada sesuatu) bagi terkeluamya angin (kentut) daripada dubur dalam keadaan tidak disedari. Bersentuhan di antara lelaki dan perempuan adalah madzinnah bagi terkeluamya air mazi dan begitulah seterusnya. Bagaimanapun pada pandangan Imam Bukhari terkeluamya angin (kentut) daripada dubur orang yang tidur dan terkeluamya air mazi daripada zakar orang yang menyentuh perempuan dan begitu juga sebaliknya bukanlah sesuatu yang pasti.
PenutupUntuk mengetahui berapa banyakkah lagi fiqh dan ijtihadat Imam Bukhari, mungkin dapat anda andaikan setelah anda mempelajari sendiri Kitab Sahihnya yang memuatkan semua bab fiqh yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh yang lain. Apa yang istimewanya ialah fiqh beliau merupakan hasil ijtihad seorang mujtahid mutlaq yang tidak kurang hebatnya daripada imam-imam mazhab empat dan para mujtahidin yang lain.
Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang-bidang lain yang juga telah diterokai beliau di dalam kitab Sahihnya jangan sekali-kali dilupakan. Seperti mana para 'ulama' telah mengiktirafnya sebagai mujtahid mutlaq dalam bidang fiqh, mereka juga telah mengiktirafnya sebagai tokoh dan imam dalam bidang-bidang lain yang disentuh beliau di dalam kitab sahihnya yang masyhur itu. Pembaca-pembaca yang budiman akan melihat sendiri kepakaran, kemahiran, kehalusan penelitian dan keluasan 'ilmu Imam Bukhari dalam bidang pengajian Islam yang merangkumi 'aqidah, sirah dan sejarah, ta'bir mimpi, perubatan Nabi saw, akhlaq dan adab, tafsir, manaqib dan lain-lain selain fiqh apabila mereka dapat menghayati dan menjiwai betul-betul kitab Sahihnya.