Saturday, January 3, 2009

Mengenangi ayahanda....


Tarikh 5.8.2007(Ahad) adalah ketetapan ajal bagi arwah ayah ku.Hampir 2 tahun berada di katil dan tidak begitu memahami alam sekitarnya.Hampir dua tahun jugalah saya sudah kehilangannya sebelum tarikh tersebut.
Ibu (saya panggil mek)menceritakan pada awal pagi 5hb lebih kurang pagi ayah meminta untuk makan dan selepas makan beliau terus seperti biasanya berzikir dan membaca al-quran.Dalam keadaan begitu mek tertidur dan sedar suboh paginya ayah senyap dan langsung tak bergerak.Lalu dipanggil pengasuh dan mendapati ayahanda sudah tiada lagi.Begitulah nampaknya rezekinya Allah SWT kurniakan hingga keakhir hayat
Ayah mempunyai 5 adik beradik.Beliau diantara 2 orang adik beradik yang bernasib baik kerana menerima pendidikan hingga ke pondok.Banyak kesah-kesah sedih yang beliau ceritakan mengenai kemiskinan keluarga ketika itu.Namun beliau berbangga dapat belajar di pondok pasir tumboh dan berguru dengan Tok Guru Hj Mat Jebeng(anak saudara Tok Kenali)
Ayah kahwin awal.dari cerita-ceritanya saya dapat agak lebih kurang umurnya 17 tahun.Berasal dari Kg Kubang Edang,Padang Kala,Melor beliau dikenali dengan nama Hj Hamzah.Tetapi apabila ayah mengahwini ibu saya namanya sudah bertukar kepada Hj Yusof.Amalan orang melayu apabila berlaku sesuatu yang dianggap tak baik maka antara cara mengatasinya ialah dengan menukar nama.Abang saya juga mempunyai dua nama.
Kuat bekerja
Saya mengingati ayah saya dalam awal hidup saya sebagai orang yang sangat kuat bekerja.
Pukul 4 pagi beliau sudah bangun menoreh getah.Pukul 5.30pagi sudah hantar saya ke kedai Pauh Lima untuk naik bas ke sekolah.Orang lain baru ke bendang beliau sudah siap kerja-kerja bendang dan balik untuk mula kerja menjahit baju.

Keras Disiplin
Saya juga takut kepada beliau kerana beliau mempunyai disiplin yang ketat.Saya dilarang keluar dari kawasan tertentu dikampung kecuali dengan izinnya kerana beliau tak ingin saya bergaul bebas lalu terdedah kepada unsur kurang baik.

Orang "Betul"
Ayah dikenali dikampong sebagai guru al-quran dan guru kampong.Kami ada balasah sebelah rumah dimana ayah mengajar al-quran dan fardhu ain.Sebarang penyembelihan ayam ke atau lembu kambing adalah tugas ayah.Begitulah tok guru kampong menjadi focal point untuk masyarakat.Solat hajat,cukur rambut,majlis tahlil bahkan ayah juga terpaksa melibatkan diri untuk menyelesaikan masaalah perselisihan orang kampong.
Dalam hal ini ayah dikenali sebagai orang betul tak ada dilihat sikapnya nak khianat atau berniat jahat.
Ayah pernah belajar menjahit di kedai pauh lima dan mengambil upah menjahit.Orang ramai disekitar kawasan pauh lima bahkan sampai ke teratak pulai serta kuchelong juga pergi menjahit baju dengan nya.
Suatu ketika setelah ayah meninggal saya bertugas sebagai pemerhati MAFREL di SK Kuchelong pada PRU12 8.3.2008.Saya berhenti minum dan makan disebuah kedai.Dalam perbualan antara orang ramai disitu ramai yang mengenali ayah saya dan mereka kata ayah adalah orang "BETUL"

Pentingkan pendidikan
Ayah sangat mengutamakan pelajaran dan amat menitik beratkan soal ini.Beliau amat berbangga kerana kesemua anaknya dapat sampai ke universiti.Tak ada dalam kampong saya pencapaian seperti ini.Apatah lagi apabila saya dapat melanjutkan pelajaran keluar negeri jurusan perubatan.

Suka Tolong
Sikapnya yang suka menolong dan bersusah payah kerana memberi khidmat adalah sesuatu yang mengesani diri saya.Baginya semua dia boleh tolong.Dia pemurah dan tidak kedekut untuk memberi walaupun beliau berkategori kelas miskin

Sebenarnya tak lama hidup saya bersamanya.Setelah tamat sekolah rendah saya belajar disekolah asrama penuh dan apabila tamat MCE saya keluar negeri tahun 1978 dan pulang pada tahun 1986 sudah bekeluarga.

Ibu masih ada tetapi amat bergantung kepada pengasuh untuk urusan harian kerana beliau lumpuh.Saya anggap ibu adalah amanah ayah kepada saya untuk menjaganya ketika beliau sudah tiada.

Memo yang ringkas ini saya abadikan untuk anak-anak dan cucu-cucu saya supaya mereka dapat mencontohi datuk nenek mereka disamping mengetahui latarbelakang mereka.

2 comments:

Dr Halim said...

Kahwin awal adalah satu ciri keluarga
Saya kahwin ketika umur 23 tahun(tamat tahun 3 medic)
Abang saya Md Zain kahwin ketika umur 24 Abang wahid umur awal 20an
Anak saya Muthanna kahwin umur 21 tahun

Dr Al HaFiZ said...

kahwin awal pon ikut keturunan gak ye dr...
tp seme yg laki kahwin awal, yg perempuan x ikut keturunan ek...